Penggambaran Malbatt: Misi Bakara

Semasa sidang media filem ini di GSC Mid Valley pada 30 Mei 2023, Adrian mendedahkan kepada media bahawa filem ini hampir dibatalkan penggambarannya yang dibuat di sempadan Turki-Syria kerana penduduk Syria tidak mengetahui lalu mengambil gambar dan menularkan di media sosial

Beliau berkata demikian kepada salah satu media, Utusan Malaysia:

“Penduduk di sana sudah maklum bahawa kami lakukan penggambaran. Manakala penduduk di kawasan sempadan sebelah lagi satu (Syria) tak tahu mengenai perkara itu. Lalu mereka ambil gambar dan mula tular di laman sosial,[4]

Demi meneruskan penggambaran, Adrian sendiri berjumpa dengan datuk bandar kawasan Gaziantep untuk menjelaskan perkara tersebut. Datuk bandar membenarkan pasukan Adrian untuk meneruskan penggambaran filem ini dengan syarat media antarabangsa dibenarkan datang untuk melawat lokasi penggambaran di Gaziantep.

Beliau berkata kepada Astro Awani pula:

“Ketika itu saya terpaksa berjumpa dengan datuk bandar dan berbincang. Saya terangkan kepadanya bahawa senjata yang digunakan di dalam filem ini hanyalah sekadar aset, ia tidak boleh berfungsi sebagai senjata sebenar.

“Kita datang dengan aman dan kasih sayang. Bukan untuk berperang.

"Mereka akhirnya faham dan meletakkan syarat untuk membenarkan media masuk ke kawasan penggambaran. Ketika itulah banyak media antarabangsa datang.[5]

Menurut pengarah, letupan yang bakal dipersembahkan ialah letupan sebenar dengan sedikit sentuhan imej janaan komputer (CGI). Kebanyakkan pelakon merasai letupan sebenar dengan jarak yang dekat supaya nampak lebih realistik.[6]